Saturday, May 28, 2011

BANYAKNYA COBAAN

Dapat sms dari kawan ajak pegi tazkirah.Ya Allah bnyknya cabaran..
1. Kereta tak de. yg satu anak pinjam, yg satu suami nk pakai.
2. Sakit lutut mencucuk2, sakit lama dtng lagi.
3. Badan letih , rasa tak larat.Kesan makan ubat.
4 . Hujan lebat. suasanya mendung tak ceria langsung( selesenya tido le)
5. Masa tazkirah sama ngan masa suami punya program.( macam mana dia nak hntar?)
6. Dengan hati yg berat pergi juga.Tiba sana ..jam 2.55 ptg.Ai...takde manusia sorang pun..( dlm sms kata pendftaran mula jam 3.00 ptg.Ahad 22.05.2011).pusing kiri pusing kanan , tak de manusia? ajk penganjur pun tak ada.Rasa mcam nak balik je..rasa nak balik meluap2 , terfikir ,ini tentu salah maklumat..nak balik .nak balik.nak balik. Tetapi ..naluri dari hati kecil kata ..tunggu,tunggu..tunggu..lawan .lawan pujukan dia, lawan bisikan dia...jgn terpedaya dgn hasutan diaaaaa.saya pun tunggu...tunggu. 15 minit kemudian baruylah muncul Ajk penganjur.. dan ahli ik...yg lain.syukur , pda Allah memberi aku kekuatan .

Penceramahnya Ustazah Pauziah pun ...hebat..kelas berjalan dgn baik. gunakan internet, ada youtube, ada vedeo ..canggih. seronok. kata ustazah...berjihad bukan sahaja angkat senjata di medan perang ..tetapi berjihad melawan bisikannyaaaa..syyy. berjihad menentang nafsu sendiri ,berjihad untuk memilih yg betul ,yg baik , adalah satu kejayaan.

Renungi nota di atas.Ini baru di uji nak gi kelas .
Ada insan diuji nak pilih terima wang berjuta atau nak tolak.
Ada insan diuji nak pilih berdusta atau bercakap benar.
Ada insan diuji nak pilih nak buka aurat atau nak tutup.
Ada insan diuji nak pilih yang maaruf atau yang mungkar...Bisikan syyy ada di mana-mana.

Syukran Ya Rabbi, ya Rabbal Alamin.
dari hati...

No comments:

Post a Comment