Friday, May 6, 2011
GANJARAN ANAK SOLEH-(Patuh kepada kedua orang tua)
Anak-anak yang taat kepada kedua orang tuanya adalah anak yang soleh.
Anak lelaki yang soleh adalah ia taat kepada kedua orang tuanya.
Hadith Nabi S.A.W." seorang sahabat bertanya :
" Siapakah yang paling layak aku dampingi,Nabi S.A.W menjawab ,ibumu."
" Siapakah yang paling layak aku dampingi,Nabi S.A.W menjawab ,ibumu."
" Siapakah yang paling layak aku dampingi,Nabi S.A.W menjawab ,ibumu"
Kemudian sahabat bertanya lagi " Siapakah yang paling layak aku dampingi,Nabi S.A.W menjawab ,bapamu "
Maksud hadith Nabi Muhamad S.A.W ialah, ibu lebih utama dari bapa.Tiga kali lebih utama dari bapa .Lebih-lebih lagi anak lelaki.Tanggungjawab menjaga ,memelihara ibunya dan bapanya adalah ditangannya.
Anak yang mentaati orang tuanya adalah anak yang soleh.
Ganjaran Anak Soleh Ialah:
1. Allah ampunkan dosanya.
2. Ia akan mendapat ganjaran syurga diakhirat kelak.
3. Di dunia ini ia akan mendapat ketenangan dan bahagia .Hidup tidak keluh kesah .
4. Mendapat keredhaan Allah.
5. Allah perkenankan doanya, samada cepat atau lambat.
6. Allah bukakan keluasan REZEKI yang banyak kepadanya.
7. Dipanjangkan umur dalam amal dan taat.walaupun umurnya pendek tetapi dipenuhi dengan kebaikan dan sentiasa taat kepada Allah buakan orang yang panjang usia tetapi hidup bergelumang dosa , hatinya tidak terbuka untuk mengenal Allah .Orang begini usia panjang tetapi kosong disisi Allah.
8. Mendapat pahala " FI SABILILLAH."
Wednesday, May 4, 2011
TEMUDUGA TERBUKA
SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN:
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga dari awal hingga akhir.
B. Ahli Neraka dari awal hingga akhir.
C. Ahli Neraka sementara kemudian dilantik jadi ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN( JAWATAN A)
1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang kekal Abadi.
TARIKH TEMUDUGA
Di dalam kubur ( Alam Barzakh)
KELAYAKAN
- Tidak mmerlukan sebarang sijil-sijil
- Tidak memerlukan pingat atau pangkat.
- Tidak memerlukan wang atau harta yang banyak.
- Tidak memerlukan paras rupa cantik
- Hanya bawa dokumen asal-IMAN dan AMAL.
PANEL TEMUDUGA
Malaikat MUNGKAR & NANGKIR.
SOALAN -SOALAN SEMASA TEMUDUGA
1. Siapa Tuhan Kamu?
2. Apa Agama Kamu?
3. Siapa Nabi Kamu?
4. Apa Kitab Kamu?
5. Di mana KIblat Kamu?
6. Siapa Saudara Kamu?
CARA PERMOHONAN
Anda cuma perlu penjemput yang berkaliber bernama IZRAIL untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa(Mungkin esok ,mungkin lusa,mungkin sebentar lagi...)Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang tertentu)
TIPS UNTU BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI
Sabda Rasulullah S.A.W di riwayat oleh Ahmad Hanbali yang bermaksud " Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan dalam kuburnya , sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah ( kasut) orang-orang yang menghantarnya kekubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.Jika mayat itu muslim , maka solat yang dilakukan ketika hidup akan diletakkan di kepala,puasanya diletakkan di sebelah kanan, zakat diletakkan disebelah kiri dan amalan kebajikan daripada sedekah ,sillaturrahim dan ihsan diletakkan dihujung kedua kakinya.
Dia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepadanya " dari arasku tidak ada jalan masuk."
Kmudian malaikat berpindah kesebelah kiri,maka zakat berkata," dari arasku tidak ada jalan masuk."
Kmudian malaikat berpindah ke arah dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan , "dari arasku tidak ada jalan masuk."
Maka malaikat berkata kepadanya , duduklah kamu, kepadanya ( mayat ) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu "Apakah pandangan mu tentang laki-laki ( Muhammad) yang kamu sentiasa bercakap tentangnya , dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya.
Maka mayat itu berkata ; laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga ,maka dikata padanya janji ALLAH bagi kamu dan kamu berada di dalamnya.Maka bertambah gembira mayat itu, kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya."
OLEH ITU PERKUKUHKAN PERTAHANAN KITA DARI SEMUA ARAS-
KEPALA ,KANAN ,KIRI DAN HUJUNG KAKI.
WALLAHHU-A'LAM ..
Monday, May 2, 2011
Angkara Iblis
Rakan-rakan muslimin dan muslimat,akhir-akhir ini kita digegarkan oleh berita yang membuatkan kita pening ,risau , takut , bimbang dan curiga.
Ada sumber mengatakan ,A melakukan sumbang.Ada gambar dan vedeo.Lalu diedar ke seluruh alam media .Lalu anak-anak kita didedahkan dengan cerita-cerita yang tidak manis didengar, cerita yang lucah, cerita yang menutup pintu rahmat Allah.Nauzzubillah.
Rakan-rakan , saya mengingatkan diri sendiri:
1. Kalau ia benar berlaku seperti yang didakwa.... kalau ia benar terjadi ...kalau ia benar tuduhan orang, kalau watak dalam vedeo itu ialah Dato'.....Biarlah ia. Kalau hendak mencegah ada caranya mengikut lunas Islam. Bukan cara Islam mengaibkan orang.Mendedahkan aib orang.."Kamu akan diaibkan dihadapan Allah.Tunggulah nanti."Kalau benar dia yang melakukannya, biar Allah yang menhukum.Kenapa kita yang menghukum.Kalau dia tidak mengaku, biar Allah yang mengurusnya, Allah ada cara tersendiri mengurus perkara begini. Bagi Allah amat mudah.Sedangkan untuk memusnahkan alam ini pun amat mudah bagi Allah.Seperti dalam Surah Qaaf ayat 44 ,juzuk 26.
Kalau dia yang melakukannya ,dia berdosa kepada Allah.Kenapa kita turut sama dalam lautan dosa itu, dalam lautan maksiat itu.Kenapa kita mengumpatnya? Dikedai kopi,di media massa,di pejabat, di telefon , di internet, di rumah..dan di mana-mana sahaja orang bercakap tentangnya.Kita bukan bercakap tetapi kita sedang mengumpat.mengumpat adalah salah satu dosa besar.Bila kita hendak berjumpanya ,memohon ampun.Takut kalau-kalau belum sempat minta ampun kita dijemput Allah mengadapNya.berhentilah bercerita tentangnya, berhentilah menyebarkan vedeo itu,berhentilah mengutuknya.Kalau kita hendak membetulkan ikut cara Islam.Bukan mengaibkan sesiapa.
Andainya ,watak dalam vedeo itu bukan Dato'..., kita sedang menfitnah.Fitnah lebih dahsyat dari membunuh.Kita menfitnah, media massa sedang menfitnah, masyarakat sedang menfitnah.
Pesanan kepada diri sendiri,anak-anak.murid-murid dan pelajar-pelajar.Jangan tonton vedeo itu.Bagi pelajar ia akan membutkan kamu tumpul ingatan.Sukar belajar.Belajar tetapi tidak berkat..Kepada ibu-ibu atau isteri-isteri ,jangan tonton, kita akan mengurangkan nur di wajah seorang ibu.Kepada para suami, jangan tonton, kamu akan merendahkan mertabat kamu sebagai seorang ketua keluarga,yang perlu dikagumi oleh anak-anak dan isteri.Kamu akan mencemarkan kehebatan seorang ketua keluarga yang anak-anak kamu letakkan taraf kamu sebagai ketua yang ,sepatutnya berperibadi mulia.Bayangkan ,andainya cucumu tahu datuknya menonton vedeo lucah.......Jangan terkejut kalau cucumu akan buat perangai yang lebih buruk dari itu.Nauzubillah min zaalik.
kalau perkara ini terus di dendangkan di mana-mana, awas, sebenarnya kita sedang menanti bala atau musibah.Musibah tidak kenal yang salah atau yang betul, yang jujur atau sipenipu, yang baik atau yang berdosa tetapi kalau musibah datang ia datang menyerang untuk semua, satu daerah atau satu negeri atau satu negara.Nauzubillah.Kerana kalau kejahatan berlarutan ...Allah akan turunkan hukuman atau peringatan..
Untuk renungan bersama.....Ada yang mengatakan ini mainan POLITIK. Salah....salaaah , ini bukan mainan politik tetapi kita sedang dipermainkan oleh IBLIS laknat supaya kita leka ,hanyut dan sibuk bercakap tentang lucah dan terus berdosa, supaya kita bermusuh sesama Islam sedangkan orang kafir semakin bersatu.
WaAllahu aklam bissawab.Hanya Allah yang maha mengetahui, rahsia segala yang berlaku dan apa yang sebenarnya berlaku.Kita tidak tahu apa yang sebenarnya ,yakinlah Allah Maha Mengetahui seperti dalam Surah An Nur ayat 29 yang bermaksud " Dan ingatlah Allah maha mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan " .Ku panjatkan doa ,moga Allah beri petunjuk semua umat Islam....Allah berikan yang mana benar dan yang mana bathil atau palsu.Sama-sama kita tunggu.Mudahan Allah panjangkan umur kita dalam amal dan dapat kita saksikan, siapa kah yang sebenarnya dalam vedeo itu ,yang dikatakan watak Dato 'itu...( saya tidak belum lagi melihatnya,tapi mendengar dari sumber yang jelas)kita tunggu apa dan bagaimana Allah mengurusnya dan memberi balasan stimpal kepada si penipu.Mohon ya Allah Kau tunjukkan kami jalan yang benar,sprt dalam Surah AlFatihah yang sehari kita baca 17 kali dalam solat 5 waktu.
Sunday, May 1, 2011
KASIH SAYANG
Sebagai seorang insan kita memerlukan pakaian untuk menutup aurat, makanan untuk memberi kita tenaga .Tenaga ini diperlukan sebaik2nya adalah untuk menghambakan diri kepada Allah.Seorang insan juga mempunyai jiwa atau roh.Makanan roh adalah terdiri dari :
1. Beribadat ,solat, mengaji, berzikir dan mennuntut ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Kasih sayang sesama manusia, kasih kepada ahli keluarga, kasih kepada haiwan ,kasih kepada sesama Islam dan kasih kepada Agama Islam dan kasih kepada Allah.Didalam hidup yang singkat ini jika kita kaya dengan kasih sayang ianya dapat ,hidup akan lebih bermakna,hidup lebih tenang,kurang selisih faham tiada sengketa, tiada fitnah, tiada umpat keji,alam lebih terpelihara dan peperangan dapat dikurangkan.
Tubuh badan yang kurang zat makanan ,kita akan sakit,kurus dan tidak bermaya serta tidak mampu untuk melaksanakan tugas seharian.Kita akan mencari makanan yang berzat, dan vitamin supaya tubuh kita sihat.Kita membeli pakaian untuk menyaluti tubuh supaya badan kita tidak sejuk, tidak terkena panahan matahari.
Roh dan jiwa kita juga memerlukan pakaian dan makanan yang sempurna supaya roh kita sihat, segar ,membesar jadi pohon yang tinggi dan rendang dan akarnya teguh dibumi.Pohon yang tegap dan teguh ini tidak mudah tumbang walau ribut melanda, tidak bergoyang walau ditiup angin,tidak rebah walau dipukul tsunami.
Kita jangan leka sibuk mencari keperluan fizikal hingga lupa mencari keperluan roh dan jiwa kita. kerana insan yang sihat fizikalnya tetapi sakit rohnya seperti seseorang yang kelihatan sihat, tetapi tidak solat tidak berzikir, tidak patuh kepada Allah, walaupun harta melimpah banyaknya, hidupnya masih tidak tenang.Sentiasa keluh kesah, sentiasa takut hartanya akan binasa atau musnah dan hidup tidak pernah puas dan hidup tidak tenang.
Insan yang mengutamakan keperluan rohani dan jiwa, hidupnya bukan untuk keperluan kebendaan semata-mata, ia lebih redha, lebih tenang, jika ditimpa musibah ia tidak mudah hilang pedoman atau berputus asa, kerana semua yang ada didunia ini hanya sementara.Harta yang banyak cuma untuk hidup yang singkat.Sedangkan kita mencari untuk keperluan yang lebih besar yang lebih utama dan untuk hidup yang lebih kekal.Harta berjuta akan musnah sekelip mata jika Allah kehendaki kenapa kita perlu bertungkus lumus hanya untuk hidup yang singkat.Kita memang perlu untuk mencari harta untuk kehidupan TETAPI jangan sampai kita lupa atau leka dan keterlaluan mencarinya hingga sibuk mengurus harta dunia kita tiada masa langsung untuk mengurus harta untuk hidup yang kekal ,hingga tida bekalan langsung untuk di SANA. Kita kaya di dunia tetapi MUFLIS di akhirat.Sesungguhnya kita perlu mencari harta untuk dunia ini dengan niat mencari harta kerana Allah.M
encari harta untuk membina rumah ,kerana di rumah itulah untuk ahli keluarga kita berteduh , untuk keselesaan keluarga bersolat, keselesaan keluarga bangun di malam hari memuji Allah, untuk kita menunaikan amanah mengurus dan mendidik keluarga mengenali Allah. Kita mencari harta dengan niat untuk bawa keluarga beribadat ,kerana untuk menunaikan haji dan umrah memerlukan wang.Tanpa wang kita tidak mampu menunaikan rukun Islam yang ke lima.Belilah kenderaan dengan niat membawa keluarga ke masjid, carilah wang agar kita dapat membantu saudara Islam di Palastin, agar dapat membayar zakat magar dapat bersedekah dan membantu saudara kita yang memerlukan.
Luangkanlah masa untuk mencari bekalan untuk hidup yang kekal.Jangan sayang untuk mengeluarkan wang bersedekah, jangan berat kaki mencari ilmu demi Islam.
WaAllahu kalam bissawab.

Subscribe to:
Posts (Atom)