Saturday, October 23, 2010

Perkhemahan

Perkhemahan Unit Beruniform- Sesi mendidik anak-anak sekolah rendah walau masa hanya sehari dua tetapi jangan kita lupa .Sehari dua itu tersirat di dalamnya seribu pesanan guru , sejuta kasih sayang guru curahkan.Anak-anakku , guru sanggup bersamamu tidur disekolah yang ruangnya tidak selesa , jika bukan gurumu tidak mungkin orang lain sanggup meninggalkan bilik tidur di rumah yang berhawa dingin, tilam yang empuk.Gurumu sanggup tidur bersama nyanyian nyamuk liar, sanggup tidur yang sesekali diganggu dingin malam .anak-anakku dalam aktiviti perkhemahan ada waktu guru bimbing untuk berdikari, guru pesan agar menjaga nilai diri , guru ingatkan agar kasihani rakan dan sahabat.
Satu slot yang saya amat kagum ialah guru didikmu agar bangun di malam hari, berwuduk dan bersolat tahajjud.penngalaman ini akan menjadi satu pendinding dikala anak-anak remaja yang penuh cabaran. Pesanan saya , amalkan ia , tidak kira waktu yang mana , jadikan amalan.

Untuk Insan

Kehidupan hari ini merupakan satu perjalanan yang singkat. kalau diukur dengan lama masa di sana hanyalah satu jam setengah. sama seperti satu kertas di dalam peperiksaan.Satu kertas dalam ujian tetapi kita selalu lupa, kita bersungguh- sungguh menghabiskan masa hanya untuk yang sekejap ini.Kita lupa untuk bersedia bagi masa yang lebih lama dan lebih kekal. Ada ketika kita sayang untuk berpisah denagan harta demi untuk masa yang kekal di sana nanti. Ada ketika kita ralat untuk meluangkan masa untuk  orang lain demi untuk kebajikan yang kekal di sana nanti.Ada ketika kita tidak sanggup meninggalkan tempat tidur yang selesa di waktu dinihari ,untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung  pada hal itulah waktu yang amat baik memohon ampun , bertaubat demi kebahagian yang kekal di sana nanti.Setiap hari kita sibuk mengejar nama , mengejar pangkat , mencari harta,mengumpul nikmat dunia pada hal ia tidak dapat membantu kita  di sana nanti. Kita leka dengan pujukan kemilau intan permata, kita leka dengan limpahan wang ringgit, kita hayal dengan pujian dari kata-kata yang palsu .Kita mengejar yang palsu hingga masa berlalu begitu pantas tidak kita sedari.Kita sibuk mengurus nikmat dunia yang hanya sementara.