Thursday, April 28, 2011

Selawat syifa pelembut hati anak degil dan penawar penyakit

Selawat syifa pelembut hati anak degil dan penawar penyakit


Selawat Syifa’

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Selawat syifa ini banyak khasiatnya untuk kebaikan , terutamanya untuk mengatasi anak-anak yang degil, malas dan sukar dibentuk, terutamanya apabila mereka mula memasuki alam remaja. Pada usia ini mereka mula mempunyai penderian sendiri dan mula tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa. Sekiranya salah dibentuk, watak mereka akan menjadi-jadi seprti liar, mula berkawan dengan budak-budak nakal dan sebagainya.
Sebolehnya dibaca al-fatihah dan selawat syifa beberapa kali ( 3, 7 atau angka ganjil )dan ditiup ke dalam bekas air dan makanan dan diberi kepada anak kita. Insya Allah, dengan izin allah , anak anda akan nampak perubahan pada watak dan sikapnya.
Anda juga boleh mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai tambahan dan amalkan sebagai minuman harian untuk mereka dengan masukan air yasin tadi ke dalam air minuman keluarga di rumah.







1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.

Dipetik daripada laman Darus Syifa

No comments:

Post a Comment