Thursday, April 28, 2011

Baju Merah

Aku ada sehelai baju berwarna merah.Cantik berbunga-bunga.Corak merah yang terang ,bercampur ungu.Bunga-bunga kecil amat manis. Bahannya amat halus dan lembut ,memang selesa dipakai.Aku beli dari sebuah butik yang terkenal di Batu Pahat.Harganya mahal jika dibandingkan dengan pendapatanku, tapi aku beli juga kerana sudah berkenan. Aku sayang baju merahku. Jarang aku pakai kecuali untuk majlis yang istimewa sahaja. Aku simpan dalam almari ,aku pastikan ianya tergantung kemas dan tidak berhimpit dengan pakaianku yang lain. Setiap kali mencuci aku cuci dengan tangan ,rasa sayang nak masukkan mesin basuh malah kerap kali aku hantar dobi demi menjaga warnanya dan kecantikkannya .Rasanya aku tak pernah terserempak dengan sesiapa yang memakai corak serupa dengan baju merahku.
Entah kenapa satu hari waktu aku hendak ke majlis rakan lamaku aku keluarkan baju merahku dari almari,aku belek-belek,ternyata masih cantik. Aku sarung ke tubuhku, eh! terasa sukar nak melepasi tanganku, tersangkut di badan.lama aku mencubanya, puas aku tarik ke atas ke bawah.Akhirnya aku sedar , aku tidak boleh menyarung baju merahku.Aku letak di atas lantai ,apa puncanya.Bajuku mngecil ,tidak mungkin. Aku bertambah besar, tidak mungkin kerana aku sentiasa menjaga kesihatanku.Aku cuba lagi , aku berdiri di hadapan cermin sambil terus menyarung baju merahku. Ah! Akhirnya , baru aku sedar ,memang aku sudah tidak boleh memakai baju merahku.
Dengan rasa amat sedih dan kecewa aku letakkan baju merahku kembali ke dalam almari , aku gantung  dan aku biarkan di situ.dalam hatiku berkata , aku terpaksa terima hakikat  , aku tidak lagi sesuai deangan baju merahku. Aku tidak akan pakai lagi baju merahku. walau aku tidak dapat lagi memakainya , aku tetap tidak akan lupa bagaimana seronokya ketika aku memakai bajumerahku.Kawan-kawan selalu memuji, kau cantik hari ni.Kau manis hari ni. Kau anggun hari ni.kau nampak hebat hari ni.
Tetapi itu dulu. Masa itu sudah berlalu. Aku wajar terima hakikat, baju merahku sudah tidak sesuai denganku.Baju merahku sudah tidak boleh ku pakai lagi.Aku berikan baju merahku kepada seorang kenalan. Aku tak mahu biarkan baju merahku terbiar dalam almari.
Aku perlu cari baju baru. Tiap minggu aku ke butik ,aku ke kedai, Ada masa aku ke pasar malam tetapi aku belum jumpa baju yang aku berkenan . Mungkin ada di tempat lain agaknya.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment