Taqwa bermaksud :Penjagaan,Perlindungan,Memelihara atau mengawal.
Orang yang bertaqwa , didalam dirinya ada rasa ,bahawa hidupnya, pandangan matanya, langkah kakinya, lintasan di dalam hatinya, fikirannya , pendengarannya , bahkan semua gerakgerinya dirasai Ada Yang Mengawalnya , Ada Yang Sedang Memerhatinya, Ada yang Menjaganya, Ia sentiasa Diawasi dan diekorai tidak lain tidak bukan adalah Allah.Di mana ia berada , ia merasakan Ada Yang Memerhati. Walaupun ia berada di dalam kereta, di dalam bilik yang gelap, dirumah yang jauh dari manusia, dibanglo mewah yang dikawal ketat dari dilihat manuasia, di pulau yang terpencil, semua tingkah lakunya sentiasa di Awasi .Orang yang begini ,tidak mungkin dia akan melakukan keburukan ,kejahatan, mengkhianati insan lain , atau berdusta, atau berbuat kejahatan .Orang yang bertaqwa tidak akan melanggar larangan ,ia sentiasa patuh dan taat kepada Allah.
Sesungguhnya orang Taqwa amat dikasihi Allah , seperti dalam Surah AlHujuraat ayat 13, yang bermaksud " Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa."
Orang yang bertaqwa tidak mudah marah ,orang yang bertaqwa tidak berbohong,orang yang bertaqwa tidak hasad dengki, jika kita ada rasa hasad dengki ,irihati,marah itu tandanya kita belum taqwa.
Sesungguhnya orang yang bertaqwa akan mengalami kebahagiaan sejati.Allah akan beri nikmat yang tidak pernah dirasai.Taqwa sikap yang paling mulia dan paling hebat.Insan yang taqwa , kalau ia seorang hakim ia tidak berdusta, jika ia seorang suami yang taqwa ,tidak mungkin menduakan isteri ,punya kekasih gelap atau mennderakan isteri,seorang remaja tidak mungkin meninggalkan solat atau mengambil dadah, kalau ia diberi janji ia amanah,kalau diberi tugas ia tunaikan , kalau diberi tanggungjawab ,ia tunaikan , kalau seorang pekerja ia bekerja demi Allah , tugasnya cemerlang walau tidak dilihat oleh sesiapa.Ia bukan pekerja yang bekerja berpura-pura, ada majikan ia cemerlang tiada majikan ia hilang.
Imam Ghazali berkata " Taqwa adalah harta yang terpendamyang paling berharga.Jika kamu mempunyainya ,seolah-olah kamu telah mengumpulkan dunia dan akhirat."
orang yang bertaqwa , takut akan azab Allah, takut hari pembalasan,takut siksa Allah.
CIRI-CIRI ORANG TAQWA:
1. Beramal apa yang disuruh.
2. Redha akan semua nikmat Allah.
3.Menjaga nikmat yang Allah beri, tidak mensia-siakan nikmat yang Allah beri.Tidak menggunakan nikmat yang Allah beri untuk perkara yang mungkar.
4.Orang bertaqwa bersiap sedia untuk kembali kepada Allah( mati), dengan cara ,sentiasa melakukan yg baik dan tinggalkan yang keji.
TAQWA PENTING KEPADA MUKMIN KERANA:
1.Orang taqwa akan dapat pertolongan langsung dari Allah.
2. Orang taqwa merasakan diri lemah dan dhaif, sebabitu memerluykan pertolongan Allah.
3. Orang taqwa berusaha untuk menjadi orang yang disayangi Allah.
Hadith Nabi S.A.W diriwayat oleh Muaz bin Jabbar; Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu berada.
ASAS TAQWA:
1. Istiqamah- Allah cintakan kepada mukmin yang istiqamah amalannya.Walaupun amalan kebaikan yang dibuat sedikit tetapi istiqamah atau berterusan dan berkekalalan.Untuk menjadi mukmin yang istiqamah dalam beramal kita hendaklah berdoa, Ya Allah Tuhan yang boleh membolak balikkan hatiku, teguhkanlah hatiku di atas ketaatan "
2. Ilmu- untuk berbuat amalan ,kita perlu ada ilmu. Amal tanpa ilmu adalah sia-sia.Semua amalan perlu ada ilmu.seorang mukmin perlu mencari ilmu.Kita perlu tahu tentang sifat Allah, tentang azab neraka ,azab kubur dan tentang syurga.Kita perlu mencari ilmu, berusaha untuk dapat ilmu.Ilmu adalah jalan ke arah taqwa.( Ilmu kearah kebaikan bukan ilmu yang membawa maksiat)
KESAN TAQWA:
1.Mukmin yang taqwa mempunyai watak baik, jujur, amanah, sering membantu,cemerlang untuk dunia dan akhirat.
2. Mukmin taqwa takut neraka dan takut azab neraka.Sentiasa ingat hari mati.Berlumba-lumba untuk buat kebaikan.Contohnya sebelum masuk waktu sudah berada di dalam masjid ,menanti waktu untuk solat.
3.Mukmin taqwa sentiasa mengharap kasih sayang Allah bukan kasih sayang manusia.
4. Mukmin yang taqwa tidak berasa berat untuk beribadat.Rasa ringan untuk beribadat , rasa suka untuk beramal.Taqwa umpama denyutan nadi dalam badan manusia. Bila denyut nadi berhenti , berhenti seluruh aktiviti tubuh.Semuanya akan terganggu dan tidak sdapat berfungsi .Oleh situ seorang mukmin yang hidup tanpa taqwa , ia kan mati sebelum ajal sampai.WaAllahu Aklam.
No comments:
Post a Comment