Sunday, May 1, 2011

KASIH SAYANG

Sebagai seorang insan kita memerlukan pakaian untuk menutup aurat, makanan untuk memberi kita tenaga .Tenaga ini diperlukan sebaik2nya adalah untuk menghambakan diri kepada Allah.Seorang insan juga mempunyai jiwa atau roh.Makanan roh adalah terdiri dari :

1. Beribadat ,solat, mengaji, berzikir dan mennuntut ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Kasih sayang sesama manusia, kasih kepada ahli keluarga, kasih kepada haiwan ,kasih kepada sesama Islam dan kasih kepada Agama Islam dan kasih kepada Allah.Didalam hidup yang singkat ini jika kita kaya dengan kasih sayang ianya dapat ,hidup akan lebih bermakna,hidup lebih tenang,kurang selisih faham tiada sengketa, tiada fitnah, tiada umpat keji,alam lebih terpelihara dan peperangan dapat dikurangkan.

Tubuh badan yang kurang zat makanan ,kita akan sakit,kurus dan tidak bermaya serta tidak mampu untuk melaksanakan tugas seharian.Kita akan mencari makanan yang berzat, dan vitamin supaya tubuh kita sihat.Kita membeli pakaian untuk menyaluti tubuh supaya badan kita tidak sejuk, tidak terkena panahan matahari.

Roh dan jiwa kita juga memerlukan pakaian dan makanan yang sempurna supaya roh kita sihat, segar ,membesar jadi pohon yang tinggi dan rendang dan akarnya teguh dibumi.Pohon yang tegap dan teguh ini tidak mudah tumbang walau ribut melanda, tidak bergoyang walau ditiup angin,tidak rebah walau dipukul tsunami.

Kita jangan leka sibuk mencari keperluan fizikal hingga lupa mencari keperluan roh dan jiwa kita. kerana insan yang sihat fizikalnya tetapi sakit rohnya seperti seseorang yang kelihatan sihat, tetapi tidak solat tidak berzikir, tidak patuh kepada Allah, walaupun harta melimpah banyaknya, hidupnya masih tidak tenang.Sentiasa keluh kesah, sentiasa takut hartanya akan binasa atau musnah dan hidup tidak pernah puas dan hidup tidak tenang.

Insan yang mengutamakan keperluan rohani dan jiwa, hidupnya bukan untuk keperluan kebendaan semata-mata, ia lebih redha, lebih tenang, jika ditimpa musibah ia tidak mudah hilang pedoman atau berputus asa, kerana semua yang ada didunia ini hanya sementara.Harta yang banyak cuma untuk hidup yang singkat.Sedangkan kita mencari untuk keperluan yang lebih besar yang lebih utama dan untuk hidup yang lebih kekal.Harta berjuta akan musnah sekelip mata jika Allah kehendaki kenapa kita perlu bertungkus lumus hanya untuk hidup yang singkat.Kita memang perlu untuk mencari harta untuk kehidupan TETAPI jangan sampai kita lupa atau leka dan keterlaluan mencarinya hingga sibuk mengurus harta dunia kita tiada masa langsung untuk mengurus harta untuk hidup yang kekal ,hingga tida bekalan langsung untuk di SANA. Kita kaya di dunia tetapi MUFLIS di akhirat.Sesungguhnya kita perlu mencari harta untuk dunia ini dengan niat mencari harta kerana Allah.M

encari harta untuk membina rumah ,kerana di rumah itulah untuk ahli keluarga kita berteduh , untuk keselesaan keluarga bersolat, keselesaan keluarga bangun di malam hari memuji Allah, untuk kita menunaikan amanah mengurus dan mendidik keluarga mengenali Allah. Kita mencari harta dengan niat untuk bawa keluarga beribadat ,kerana untuk menunaikan haji dan umrah memerlukan wang.Tanpa wang kita tidak mampu menunaikan rukun Islam yang ke lima.Belilah kenderaan dengan niat membawa keluarga ke masjid, carilah wang agar kita dapat membantu saudara Islam di Palastin, agar dapat membayar zakat magar dapat bersedekah dan membantu saudara kita yang memerlukan.

Luangkanlah masa untuk mencari bekalan untuk hidup yang kekal.Jangan sayang untuk mengeluarkan wang bersedekah, jangan berat kaki mencari ilmu demi Islam.

WaAllahu kalam bissawab.

No comments:

Post a Comment