Wednesday, May 4, 2011

TEMUDUGA TERBUKA


SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN:

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga dari awal hingga akhir.
B. Ahli Neraka dari awal hingga akhir.
C. Ahli Neraka sementara kemudian dilantik jadi ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN( JAWATAN A)
1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang kekal Abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Di dalam kubur ( Alam Barzakh)

KELAYAKAN
- Tidak mmerlukan sebarang sijil-sijil
- Tidak memerlukan pingat atau pangkat.
- Tidak memerlukan wang atau harta yang banyak.
- Tidak memerlukan paras rupa cantik
- Hanya bawa dokumen asal-IMAN dan AMAL.

PANEL TEMUDUGA
Malaikat MUNGKAR & NANGKIR.

SOALAN -SOALAN SEMASA TEMUDUGA
1. Siapa Tuhan Kamu?
2. Apa Agama Kamu?
3. Siapa Nabi Kamu?
4. Apa Kitab Kamu?
5. Di mana KIblat Kamu?
6. Siapa Saudara Kamu?

CARA PERMOHONAN
Anda cuma perlu penjemput yang berkaliber bernama IZRAIL untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa(Mungkin esok ,mungkin lusa,mungkin sebentar lagi...)Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang tertentu)

TIPS UNTU BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI
Sabda Rasulullah S.A.W di riwayat oleh Ahmad Hanbali yang bermaksud " Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan dalam kuburnya , sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah ( kasut) orang-orang yang menghantarnya kekubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.Jika mayat itu muslim , maka solat yang dilakukan ketika hidup akan diletakkan di kepala,puasanya diletakkan di sebelah kanan, zakat diletakkan disebelah kiri dan amalan kebajikan daripada sedekah ,sillaturrahim dan ihsan diletakkan dihujung kedua kakinya.

Dia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepadanya " dari arasku tidak ada jalan masuk."
Kmudian malaikat berpindah kesebelah kiri,maka zakat berkata," dari arasku tidak ada jalan masuk."
Kmudian malaikat berpindah ke arah dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan , "dari arasku tidak ada jalan masuk."
Maka malaikat berkata kepadanya , duduklah kamu, kepadanya ( mayat ) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu "Apakah pandangan mu tentang laki-laki ( Muhammad) yang kamu sentiasa bercakap tentangnya , dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya.
Maka mayat itu berkata ; laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga ,maka dikata padanya janji ALLAH bagi kamu dan kamu berada di dalamnya.Maka bertambah gembira mayat itu, kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya."

OLEH ITU PERKUKUHKAN PERTAHANAN KITA DARI SEMUA ARAS-
KEPALA ,KANAN ,KIRI DAN HUJUNG KAKI.
WALLAHHU-A'LAM ..

No comments:

Post a Comment